Bahasa Malaysia

Sports 5 Comments »

   Minat saya dalam bidang penulisan ni datang secara tak langsung, yang datang dari hobi saya yang suka membaca majalah- majalah dan melukis. Daripada membaca, saya mula berfikir, berfantasi, dan mula berjinak- jinak untuk menulis cerita sendiri. Menulis, seperti juga melukis, adalah cabang seni yang perlu dilakukan dengan teliti, berfikiran waras dan selalunya mengikut kata hati. Daripada kata hati, perkara tersebut akan dikembangkan dengan pemikiran waras, dan ditulis dengan tangan yang teliti. Maka, akan terhasillah satu penulisan yang amat bermakna, walaupun hanya pada diri sendiri. Blog saya kali ni akan ditulis dalam Bahasa Malaysia supaya lebih mudah difahami oleh ‘orang kebanyakan’ di Semenanjung dan cubaan memperkayakan bahasa ibunda kita yang semakin lama semakin dipinggirkan. Betul ke?

   Bercakap mengenai Bahasa Malaysia, saya masih teringat zaman sekolah rendah dahulu, dimana dalam matapelajaran Bahasa Malaysia kita akan disuruh memilih satu topik yang kita minati dan membuat penyampaian di hadapan kelas, dengan menghafal atau secara spontan. Ketika itu saya berada di darjah 6 Melati, Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor (1826), Pulau Pinang. Apabila cikgu Bahasa Malaysia (BM) menyuruh kami memilih topik yang kita minati dan membuat penyampaian, otak saya terus berfikir kepada satu perkara, secara spontan, Formula 1 dan mendiang Ayrton Senna. Disebabkan minat saya yang begitu mendalam terhadap Formula 1 dan terutamanya Ayrton Senna ketika itu, saya terus membuat keputusan untuk membuat penyampaian mengenai bekas Juara Dunia 3 kali itu, tetapi bukan mengenai kehebatannya, tetapi mengenai kematiannya yang dianggap ‘the darkest day of Formula 1’ sehingga ke hari ini, dimana seorang lagi pelumba telah mati pada hari sebelumnya. Berikut adalah transkrip penyampaian saya untuk hari tersebut (ketepatan ayat- ayat dan perkataan yang saya gunakan dibawah adalah lebih kurang 30% saja daripada apa yang saya sampaikan 14 tahun lalu, tetapi isi kandungannya hampir sama):

   

   “Selamat pagi diucapkan kepada cikgu Zaharah dan murid- murid sekalian. Hari ini saya akan menyampaikan kisah kematian pemandu Formula 1 yang terkenal dan juga idola saya, Ayrton Senna. Ayrton Senna adalah juara Dunia Formula 1 sebanyak 3 kali, tetapi pada 1 Mei 1994, dia telah menemui ajalnya. Pada perlumbaan di litar Imola, Italy, sedang dia mendahului perlumbaan, tiba- tiba keretanya terbabas di selekoh laju, lalu melanggar tembok batu pada kelajuan 178km/j. Setelah keretanya melanggar tembok batu, ia berpusing- pusing (sambil membuat isyarat tangan) 3 kali sampai ia berhenti beberapa meter dari tembok batu itu. Keretanya hancur, serpihan- serpihan besi berterbangan di kawasan kemalangan, dan Ayrton Senna tidak bergerak seperti sudah pengsan. Kemalangan tersebut disiarkan secara langsung di TV, dan disaksikan oleh jutaan peminat seluruh dunia. Ambulans datang untuk merawatnya, dan kemudian dia dibawa ke hospital menaiki helikopter. Darah berlumuran di tempat kemalangan. Tetapi tidak lama kemudian, berita mengatakan bahawa Ayrton Senna telah meninggal dunia akibat kecederaan teruk di dada dan kepala. Seluruh dunia bersedih dengan pemergian seorang wira, dan juga idola saya. Sekian terima kasih”

   

   Begitulah lebih kurang teks penyampaian saya pada hari tersebut yang masih segar di ingatan saya kerana:

   1. Pertama kali bercerita di depan kelas

   2. Bercerita mengenai topik yang amat saya minati, Formula 1.

   3. Saya berjaya bercerita tanpa merujuk kepada nota bertulis.

Betapa minatnya saya pada Formula 1 ketika itu, mak saya terpaksa menyembunyikan surat khabar yang melaporkan berita kematian Ayrton Senna daripada saya supaya saya tidak hilang ‘mood’ pada hari tersebut. Tetapi akhirnya saya tau jugak, itupun 2-3 hari selepas berita tersebut dilaporkan. Saya meminati sukan permotoran seawall dajah 4, terutamanya Formula 1 dan Motorcycle Grand Prix (sekarang MotoGP). Ayrton Senna, Alain Prost, Nelson Piquet, Nigel Mansell, Wayne Rainey (lumpuh pada 1993), Wayne Gardner, Eddie Lawson, Kevin Schwantz (juara dunia motosikal 1994) dan John Kocinski adalah sebilangan nama- nama besar pada awal 90an yang pernah menggegarkan dunia permotoran dan memberi inspirasi kepada generasi sekarang. Sifat- sifat yang boleh diambil daripada lagenda- lagenda tersebut untuk dijadikan panduan adalah keazaman untuk menjadi yang terbaik, tidak mudah mengaku kalah dan tidak takut bersaing dengan sesiapa sahaja.

   Kesimpulannya, membaca, melukis, bercerita, menulis dalam apa jua bahasa dan dialek bukanlah menjadi isu untuk didebatkan, tetapi yang penting sekali adalah isi kandungan perbuatan itu sendiri, minat kita terhadap perkara tersebut dan kejujuran kita untuk menyampaikannya kepada orang ramai, dengan niat untuk menimba ilmu dan memperbaiki kelemahan kita sebagai manusia, terutamanya diri saya sendiri. Utamakan bahasa ibunda, ya, tetapi utamakan ISI KANDUNGAN dahulu sebelum menyampaikan kepada orang lain.

   

Sekian, terima kasih…

Into Transition (Chapter 2)

Uncategorized 1 Comment »

   Goodbye 2007,
welcome 2008! What’s your goal for this year? Forget all the resolution and
stuffs like that, it’ll only last a few days, or a few weeks at best. Do not
think of resolution, but think of GOAL, ‘What you want to achieve in the coming
year’, instead of ‘What’s my new year resolution’. New Year is only 1 day…

   To begin the second
chapter of my so-called transition year, it’s better to start from July 2007
shall we? As I mentioned in the 1st chapter, my wedding photography
journey kicked off around June-July, in somewhat grand manner; as a back-up
photographer for a ceremony at the famed Dewan Felda Perdana, one of the
biggest hall you can get in KL. It was a great experience for me, and from
there, everything just goes down smoothly, but with some hitch and glitch here
and there.

   Then came the
most-anticipated event for our PFS Batch 99 members, the inaugural PFS Batch 99
Reunion at Port Dickson
. It was great fun with great activities being arranged
by the organizer himself, Mr. BOB the ‘boss’. Just tell him what you want to
do, and he’ll make the rest happens. Paintball, BBQ were some of the activities
we had. But in somewhat SUPER-DUPER coincidence, she was on a holiday at the
same location, same time, same weekend as me. At that point, we never met face to face. For many, it may means nothing, but
after being told of the story from her later this year, it was enough to make
me smile thinking about it till today
. No sixth sense, not fate, just
super-duper coincidence. Hehe..

   As far as my
wedding photography journey is concerned, a trip to Felda Triang (a 1 hour
drive from Temerloh) and Rompin was and still a record for me in terms of the
furthest place I went for an assignment in a single weekend. Then came the
fateful first ‘date’, or better to call it first outing, in KLCC somewhere in
the middle of August. To be honest, it did not leave a long-lasting impression
on me
, but it was a nice day out with somebody you just started to know. OK, I
remember the date, it was 11.08.07. There’s no harm remembering dates on the
calendar right? From that weekend, I can safely say that my weekend is not
complete without seeing each other, unless there are some matters that need
more attention than this. Why I said safe? Well, flirting on the phone at 5am on Hari Raya is not something the ‘average’
Malaysians will do with their friends very often am I right
? HAHAHAHA! Now THAT
leaves a lasting impression on me. YOU got me right there!

   As year end looming
large, my workloads are getting thicker and thicker. All projects are rushed to
be completed on schedule, and it certainly getting to me at one point,
including my personal life, at the same period of time. This time, everything
needs to be put into perspective, to reflect and re-evaluate. Not to be too
emotional, but thoughtful.
I don’t care what problems come my way, but I want
to see HOW I figure it out. That is more important. People make mistakes and
learn from it, but people don’t become perfect by learning, because life itself
is a learning process. That’s why nobody is perfect.

  I’m a bit shy to
say this, but this time of the year was the first time I send a BUNCH of
flowers to someone, and glad that the other party accepted it with a smile, full
stop :P From there on, everything else is history. But some cases are meant to
be highlighted. What about the 2km+ walk from the mosque to the palace, in the
thick of the night, beneath the perfect sky? What about the agony of cramping
to the fireworks competition but forgetting the tripod plate? What about the
TGIF incident? What about the memorable trip to the MCR concert at Stadium
Merdeka
? The MCR concert was one of THE events of the year, no question. And
thanks for the company, it was worth all the wet shirt and hair,hehe. What
about me walking down Jalan TAR for a shopping spree, for the first time ever? Now
I know in order to be with someone, one needs to adapts to one’s needs, in
search for harmony
. From a ‘kaki lepak’ to a movie-goer? How many movies I’d
watched this year alone compared to the last 5 years combined together? A
perfume worth of RM200 in my collection? You must be kidding me mate. These are
some of the things that made an impact on my life in the 2nd part of
the year. But make no mistake, these are the things that comes in naturally for
me as a result of THE discovery, a discovery of a human being.
Some are little, some a BIG.

   While the 1st
part of 2007 was more of a discovery of new things, the 2nd part of
2007 was more of setting up the pace & keeping momentum of things in life,
on how you balanced it, and take into perspective about all the aspects. If
2007 wasn’t the best year for me, which I think is not, it was certainly a year
of transition of myself, a year where changes are inevitable for my own good, to
be better prepared and what to expect for 2008.
Bring it on…

 Happy 2008 mates…

ridhuan abubakar®

 

 

 


Theme & Icons by N.Design Studio.
Entries RSS Comments RSS Log in