Peace of Mind

3 October 2006

Bulan puasa dulu dan sekarang.

Filed under: Religion — diwant @ 6:14 am and

   Pada masa saya menaip tajuk ini untuk blog saya, kita telah masuk hari ke sembilan berpuasa di bulan Ramadhan (di Malaysia sekurang- kurangnya). Kebanyakan masa saya di siang hari dihabiskan dengan bekerja, dan melihat muka- muka ‘chong‘ orang- orang Islam yang berpuasa. Pagi di ofis, dan sebelah petang masa dihabiskan di tapak- tapak projek (kecik) tempat saya bekerja. Mana bubur lambuk, roti john, pemandangan kanak- kanak begegas ke surau taman, dan akhir sekali, mana kawan- kawan saya yang sama- sama ber’quamullail’ di masjid USM suatu ketika dahulu? Yang pastinya, berpuasa di zaman bekerja tidak sama langsung dengan zaman sekolah dulu….Dan memang sepatutnya begitu.
   Asyik- asyik tulis blog dalam bahasa Inggeris, bosan la pulak. Dah la grammar tak ‘berkuasa’ sangat, dah tu, mana la ada ‘mat salleh‘ yang nak baca blog saya nih. Setahu saya, setiap rakyat negara ni tak kira bangsa dan agama tahu membaca Bahasa Malaysia kan? Jadik, untuk kesenangan saya, kali ni saya nak menaip dalam bahasa ibunda kita, Bahasa Malaysia.
   Apa yang saya maksudkan dengan berpuasa pada zaman sekolah dan zaman bekerja ialah berpuasa di zaman sekolah dulu lebih menyeronokkan, walaupun dari segi perjalanan masa, zaman bekerja rasanya masa berlalu 2 kali ganda lebih cepat, sesuatu yang positif… Kalau dulu, tiap- tiap petang sayalah jadik tukang mengambil bubur lambuk di Surau Pantai Jerjak. Dah la naik basikal, bakul kecik, pastu nak isi bubur dengan ‘tupperware’ plastik yang nipis. Pernah 2-3 kali bekas yang panas tu mula menjadi lembik lalu tumpah di tangan saya ketika sedang menunggang. Bayangkan bubur PANASSS ’singgah’ di tangan anda pada suatu petang yang terik sambil mengayuh basikal??? Huhhhh…. Boleh saya katakan, masa di antara jam 4.30pm - 6.00pm adalah masa yang paling ’seksa’ untuk seseorang budak sekolah berpuasa.. Kalau sekarang Jejak Rasul di TV jam 6.30pm -7pm, jadik tinggal beberapa minit nak berbukak. Tapi dulu, rancangan tersebut disiarkan di slot 5.30pm-6pm. Dah abis tengok, ada sejam suku lagi nak bukak… Arrghhhh!! Tapi itu semua dugaan orang berpuasa, walaupun kadang- kadang ’sangkut’ jugaakkk..
   Lepas kenyang melantak bubur dan lain- lain juadah yang 10 kali lebih sedap dari kuih di KL (dan harga 5 kali lebih murah), rehat sekejap, mandi, dan terus mengikut ‘dad‘ ke surau untuk Terawikh. ‘Sesi’ Terawikh ni pun satu punya punca. Bila dah jadik budak- budak, jumpa pulak dengan geng- geng seangkatan di barisan belakang saf, anda taulah apa yang bakal/biasa berlaku. Kalau tak main jentik- jentik, mesti main londeh kain pelekat. Saya memang pantang (kononnya) orang main londeh kain pelekat/seluar nih. Ada suatu ketika saya ‘sound‘ balik budak yang londehkan kain pelekat saya, dan akibatnya? Dipulas telinga sorang- sorang oleh si bapak sapa tah… Apa boleh buat. budak- budak..
   Budak- budak dan mercun di bulan puasa/ raya adalah kombinasi yang terbaik untuk melihat kemusnahan secara ‘total.  Tak asing juga di tempat saya. Walaupun saya bersyukur tidak pernah terlibat dalam insiden bermain mercun yang parah, tapi saya berpeluang melihat secara dekat macamana punya pemikiran budak- budak yang kadang- kadang (selalunya) merepek, boleh mengundang padah. Salah satu insiden yang pernah saya lihat di depan mata saya ialah, bagaimana kawan saya ni yang mengaku kononnya mercun gasing nya boleh terbang macam UFO, tapi sebaliknya mendarat di dalam seluar ‘track’nya. Ya, di dalam seluarnya. Tetapi nasib baiklah kuasa mercun tu tak kuat mana, kecederaan paha yang di alaminya agak ringan berbanding yang disangka. Tetapi itulah pengalaman yang dapat membesarkan kita (kalau umur panjang InsyaAllah), kalau tak cuba, mungkin kita akan menyesali kemudian hari. Itulah antara pengalaman- pengalam manis dan pahit yang dapat saya singkap ketika kita sedang menjalani ibadah berpuasa di tahun 2006 ni. Walaupun kenangannya tak sebaik dulu, harapkan kali ini ia lebih bermakna dari dulu
   Azren, Angah, Achik, Najib, Nadzem, Asmad, Aswad, Huzaifah, Salman, Zaid, Muhaimin, Halim, Abuzar, K-Kencing, Jay, Am, Chek, Melvin, M Kumaresan, Jeffery, Kerry, Guna, Balan, Azren, Arif, Lim, Matmin, Syed: Manusia- manusia yang membantu ‘membesarkan’ saya 1989 - 1995….
   


2 Comments »

  1. k-kencing <– hahahahahahah macam kenai ja mamat nie

      MAT husaini — 14 May 2007 @ 4:59 am

  2. hahaha memang patut kenai pun… tak kenai tatau nk kata apa..hahah

      d One — 21 May 2007 @ 7:34 am

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

WPMU Theme pack by WPMU-DEV.